Hina? ye,aku da boring kena hina,caci,maki,kutuk,sumpah seranah oleh masyarakat sekeliling. Kalau orang yang kita tak kenal tu takpelah,Tapi ini,darah daging sendiri. Sedih kan? Dari kecik sampai besar,benda yang sama aku alami. Iaitu dihina oleh Orang akibat dari fizikal aku yang berbeza daripada orang lain. Aku tak cacat. Aku dilahirkan dari benih yang baik daripada umi dan abah. Namun begitu,Aku dihina seolah-olah aku ini dilahirkan dari benih yang yang tidak baik. Masa kecik, Aku berfikir bahawa rakan2 aku masih tidak matang dalam menilai baik dan buruk. Namun sangkaan aku salah,apabila benda yang sama aku alami apabila aku menginjak ke usia remaja. Aku hanya mampu menundukkan kepala,tanda aku bersabar apabila aku mula dihina oleh rakan2.Sakit hati memang ada. Tapi ape boleh buat? Aku tahu kawan aku malu untuk mendekatkan diri dengan aku,apatah lagi menjadi rakan akrab. Kadang2 aku berfikir,siapakah aku? dalam adik beradik,aku lah yang ganjil,aneh,pelik dari yang lain. keluarga? Lagi lah. Tapi kenapa aku yang harus menerima semua ini? Aku tidak pernah minta dilahirkan sebegini.
Umi dan abah? Hah. Aku lebih suka mendiamkan diri. Aku hanya mampu mengalirkan air mata apabila sedih kerana aku dijadikan bahan utama dalam gelak tawa riang orang lain. Kadang2 malu,Tapi aku sedar siapa aku. Siapalah aku nak mempersoalkn sebgini.Dalam hidup aku,aku jarang mendapat apa yang aku inginkan. keinginan aku yang utama adalah aku ingin mempersatukan kembali keluarga aku yang kini telah porak poranda. Aku telah berjanji pada diri aku bahawa aku akan memperbaiki kehidupan aku walaupun kenyataannya belum pasti.Namun begitu,aku semakin hari,semakin berusia. Perasaan merendah diri sudah mula menguasai diri ini. Aku akan ketawa kerana ,bagi aku dengn ketawa itu lah ,membuatkan aku lupa segalanya. lupa akan masalah aku yang berat. Sampai bilakah,aku akan berhenti dihina sbegini?? adakah sampai aku mati?! Kadang2 aku tertanya2,kenapa Orang lebih mementingkan rupa paras daripada hati? Aku malu dengan diri ku sendiri. Aku tak rasa yang aku akan melangkah lebih jauh dalam meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba ini jika masyarakat kini lebih pentingkan rupa paras .Aku bencikan diri sendiri. benci.benci.benci. :( THAT'S ALL.

No comments:
Post a Comment